Tuesday, January 13, 2009

Perniagaan Internet : Struktur Laman Web

Dalam perniagaan internet, setiap laman web juga memerlukan struktur yang baik untuk memudahkan dan menarik minat pelawat terhadap laman web anda. Berikut struktur yang perlu ada dalam sesebuah laman web perniagaan internet.

A. Laman utama / pengenalan (homepage)

Laman utama atau homepage adalah laman pengenalan kepada produk atau perkhidmatan anda. Laman utama ini akan menunjukkan satu atau lebih produk atau perkhidmatan yang diniagakan.

Selain itu, laman utama juga tempat untuk meletakkan iklan dan banner.

Biasanya homepage akan diletakkan tajuk-tajuk utama kepada produk dan perkhidmatan yang hendak dijual.Tajuk-tajuk utama ini akan disambungkan kepada laman maklumat dan huraian produk dan perkhidmatan.

B. Laman maklumat produk atau perkhidmatan

Laman maklumat produk atau perkhidmatan pula akan menerangkan maklumat terperinci berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang dijual.

Dalam laman ini anda perlulah menerangkan dengan terperinci kelebihan dan kebaikan tentang produk dan perkhidmatan tersebut.

Biasanya laman ini juga akan menyenaraikan bonus-bonus yang akan diterima apabila sesorang membeli produk atau perkhidmatan tersebut.

C. Laman latar syarikat dan cara menghubungi

Laman ini pula meletakkan laman latar belakang syarikat, nama dan alamat syarikat. Tetmpat dimana anda atau syarikat anda beroperasi.

Selain itu, anda juga perlu meletakkan bagaimana cara menghubungi anda iaitu nombor telepon, waktu yang boleh untuk menghubungi anda dan perkara-perkara yang berkaitan.

Di laman ini juga anda boleh meletakkan ruangan untuk pembaca memberi komen atau ruangan pertanyaan sebagai tempat bantuan dan sokongan kepada pengunjung web anda. Biasanya pengunjung web perlu memberikan nama, alamat email dan komen atau pertanyaan di ruangan tersebut.

D. Laman pesanan dan borang

Halaman web ini pula menyediakan maklumat pesanan yang telah dibuat dan borang pesanan yang perlu diisi oleh pembeli untuk memudahkan penghantaran.

Borang tersebut biasanya terdiri daripada maklumat lengkap pembeli seperti nama, alamat surat menyurat, email, cara pembayaran, bukti pembayaran, senarai produk yang dibeli dan sebagainya.

Mengenai cara pembayaran pula, pembeli diberi pilihan sama ada menggunakan kad kredit, bank in, online transfer, cek, wang pos dan sebagainya. Manakala pihak penjual produk pula akan memberikan maklumat tentang bank berkaitan dan nombor akaun serta maklumat akaun perniagaan yang memproses pembayaran menggunakan kad kredit.

Seterusnya diterangkan juga tentang penghantaran produk yang telah dibeli seperti menggunakan pos, melalui email, download dan sebagainya.

dipetik dari (http://www.sabahdaily.com/2009/01/perniagaan-internet-struktur-laman-web/)

No comments: