Pembinaan laman web adalah perkara yang amat penting dalam perniagaan di Internet. Tanpa laman web kita tidak dapat melakukan perniagaan dan tidak dapat mempromosikan produk atau perkhidmatan yang hendak di jual.
Laman web anda perlulah mempunyai ciri-ciri perniagaan Internet. Selain itu, yang paling penting laman web anda berkesan dalam menarik pelawat untuk sentiasa mengunjungi laman web anda seterusnya menjadi pembeli kepada produk yang anda jual.
Berikut ciri-ciri yang perlu bagi sesebuah laman web perniagaan internet :
- Laman web perlulah nampak simple dan menarik. Penampilan laman web tersebut dapat memikat hati pengunjung untuk sentiasa melawati laman web anda.
- Selain itu laman web juga haruslah mudah untuk digunakan. Permudahkan perhatian pelawat dengan penyusunan teks dan gambar yang baik dan teratur. Seterusnya pemudahkan untuk pelawat membuat pesanan produk.
- Laman web juga mestilah penuh dengan maklumat yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang dijual. Maklumat yang tepat dan padat secara tidak langsung akan menunjukkan kualiti produk dan perkhidmatan yang anda jual.
- Pastikan link atau sambungan setiap laman web anda adalah sempurna. Jangan letakkan link yang terlalu banyak untuk satu produk. Satu atau dua link maklumat seterusnya kepada pesanan adalah memadai. Anda hendaklah mencuba sendiri setiap link yang anda buat.
Selamat membina laman web.
dipetik dari (http://www.sabahdaily.com/2009/01/perniagaan-internet-ciri-ciri-web-yang-berkesan/)
No comments:
Post a Comment