Tuesday, January 13, 2009

Perniagaan Internet - Membina Laman Web

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan laman web. Bagi mereka yang mahir dalam bahasa Internet boleh menggunakan bahasa HTML, PHP dan javascript untuk menghasilkan laman web.

Mereka yang tidak mahir dalam bahasa tersebut, terdapat dua cara untuk menghasilkan laman web iaitu dengan mengupah orang lain atau membina sendiri. Jika anda boleh membina sendiri laman web anda, itu adalah satu kelebihan.

Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk mencipta laman web dengan mudah. Antaranya ialah Microsoft Word, Micorsoft FrontPage, Nescape Composer, Macromedia Dreamweaver dan sebagainya.

Terdapat juga perisian percuma yang banyak di Internet yang boleh anda gunakan untuk mencipta laman web. Anda cuma perlu download dari Internet dan pasang (install) ke computer anda.

Antara perisian percuma itu ialah:

b. PSPad Editor v4.5.0 (http://www.pspad.com)
c. Portello v1.05 (http://www.portello.org/)
d. NVU v1.0 (http://www.nvu.com/)
e. HTMLGate FREE v12.2 (http://www.mpsoftware.dk/)

Satu lagi cara untuk memudahkan anda menghasilkan laman web ialah dengan menggunakan template yang tersedia. Anda cuma perlu edit dan mengubah sebahagian daripada template tersebut mengikut kesesuaian perniagaan anda.

Di sini saya akan menerangkan kepada anda secara ringkas bagaimana untuk menghasilkan laman web menggunakan perisian yang telah disebutkan.

A. Menggunakan Microsoft Word

Anda tentu biasa menggunakan Microsoft Word. Perisian ini akan tersedia dalam Microsoft Office semasa anda menggunakan komputer atau membeli komputer.

Tahukah anda bahawa kita boleh menghasilkan laman web menggunakan Microsoft Word? Jika anda biasa menggunakannya anda tentu boleh membina laman web dengan beberapa langkah mudah.

Langkah – langkah tersebut ialah:

i. Hasilkan rekabentuk laman web yang menarik menggunakan Microsoft Word. Laman web anda itu perlulah berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda hendak jual.

ii. Setelah siap, apa yang perlu anda lakukan ialah “save” hasil kerja anda. Pastikan anda meletakkan nama fail di ruangan “File Name:” disambung dengan “ .html” seperti:

‘Contoh.html’

dan tetapkan “Save as type” sebagai “Web Page

iii. Tekan butan “save
iv. Untuk melihat hasil kerja anda, buka fail yang anda telah “save” tadi.

B. Mengedit daripada laman web sedia ada (template)

Di sini anda cuma perlu memilih laman web atau template yang anda rasa sesuai dan menarik. Dapatkan laman – laman web template yang banyak terdapat di Internet.

Selepas itu anda buka laman web tersebut menggunakan salah satu perisian membina laman web tersebut. Seterusnya bolehlah anda mengedit laman web tersebut bergantung kepada kehendak anda.

Ikuti langkah-langkah berikut:

a. Pilih laman web (template) yang sesuai
b. Klik “kanan” dan pilih “Edit / Open - With Dreamweaver

*Info : Anda juga boleh edit laman web tersebut bergantung kepada perisian yang anda gunakan.

c. Laman web pilihan anda akan terbuka di ruangan tetingkap Dreamweaver. Anda cuma perlu mengubah (edit) laman web tersebut mengikut kehendak perniagaan anda.
d. Pastikan muka hadapan (homepage) laman web anda diletakkan nama / tajuk sebagai “index.html”.

Selamat Mencuba

** dipetik dari (http://www.sabahdaily.com/2009/01/perniagaan-internet-membina-laman-web/)

Selain itu, Terdapat juga pakej mudah yang menyediakan Panduan hebat dalam membina laman web !