Langkah Bijak Usahawan Terbilang
Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
* Kod Produk: TB0056
* ISBN: 983-3494-35-8
* Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
* Harga Pasaran: RM37.00
* Harga Ahli VIP: RM35.00 (BP: 10.00)
* Kesesuaian Usia: Umum
Sinopsis
Sebagaimana lumrah, usahawan sentiasa dipandang tinggi dalam masyarakat kita. Ini kerana gelaran usahawan biasanya ditujukan khusus kepada mereka yang berjaya setelah berusaha.
Banyak usaha perlu digembeleng oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadi usahawan. namun begitu ini tidak bermaksud bahawa tidak ada langkah-langkah tertentu yang dipanggil "langkah bijak" dalam mencapai cita-cita tersebut. Langkah bijak bukanlah bermaksud "jalan pintas", sebaliknya ia merujuk kepada perkara-perkara penting yang harus menjadi keutamaan dalam usaha untuk menggapai status usahawan.
Menurut penulis... agak malang kerana ramai di kalangan ahli masyarakat terutamanya yang berbangsa Melayu gagal untuk mengenal pasti langkah-langkah ini. Mereka sebaliknya lebih menumpukan perkara-perkara remeh dan langsung tidak relevan dengan cita-cita mereka.
Justeru, buku ini menggariskan segala isi penting dan perkara pokok yang menjadi asas kejayaan seorang usahawan dari perspektif Islam. Antara yang dititikberatkan adalah seperti rancangan modal awal, rancangan harian usahawan, peluang perniagaan, rancangan pemasaran berkesan, punca masalah kewangan dan lain-lain.
Buku ini disampaikan secara santai dengan fotodan ilustrasi penuh berwarna, sesuai untuk bakal usahawan, usahawan baru serta usahawan veteran. Turut disertakan ialah glosary usahawan lengkap dan sesuai untuk rujukan pelajar.
Tunggu apa lagi?! Jadikan buku ini sebagai langkah pertama menuju kejayaan sebagai seorang USAHAWAN!
Klik --> Langkah Bijak Usahawan Terbilang - Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
No comments:
Post a Comment