Tuesday, December 23, 2008

Panduan Mencerdaskan Minda

Panduan Mencerdaskan Minda
Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
  • Kod Produk: TB0011
  • ISBN: 983-4244-87-8
  • Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
  • Harga Pasaran: RM19.90
  • Harga Ahli VIP: RM18.90 (BP: 4.93)
  • Kesesuaian Usia: Umum
Buku ini mengupas tentang peranan, keistimewaan dan kelebihan akal serta hati di dalam menggarap ilmu pengetahuan. Di dalam buku ini juga Ustazah Siti Nor Bahyah mendedahkan punca rosaknya akal dan kemudian diterangkan kaedah memulihkan dan meningkatkan kecerdasan akal melalui amalan kerohanian dan tabiat permakanan. Didedahkan juga bagaimana hendak mencerdaskan akal bayi dan memahami kaedah permakanan seimbang seterusnya panduan untuk menajamkan minda melalui teknik ketenangan jiwa.

Tahukah anda yang Halia mampu menguatkan daya ingatan? Ketahui bagaimana cara yg betul untuk menyediakan minuman halia bagi mendapatkan kesan terbaik. Juga ketahui khasiat madu, susu, habbatussauda, tembikai, minyak sapi dan lain-lain dalam membantu mencerdaskan minda anda dan anak-anak.

Buku ini juga diisi dengan pelbagai doa dan ayat-ayat yang dapat dijadikan amalan seharian untuk memenangkan jiwa dan mencerdaskan minda. Buku yang mesti dimiliki oleh anda semua.

Antara topik menarik di dalam:

  • Keistimewaan & Kelebihan Akal
  • Punca Akal Rosak
  • Mencerdaskan Minda Dengan Amalan Permakanan
  • Mencerdaskan Akal Bayi
untuk membeli Klik --> Panduan Mencerdaskan Minda

No comments: