Monday, December 22, 2008

Apa itu 'Web Hosting'?

Apa itu Webhosting? (Versi smartusaha.com )

Saya seringkali ditanya, “Apa itu webhosting?”. Soalan ini mungkin kelihatan agak
mudah, dan bagi mereka yang sudah sedia ada gambaran mengenainya memang
agak mudah untuk dijelaskan. Tetapi, bagi mereka yang masih baru di dalam dunia
internet, istilah “webhosting” agak mengelirukan. Di dalam ebook ringkas ini, saya
akan menjelaskan dengan sejelas-jelasnya mengenai, apa itu webhosting.

Baiklah, apabila kita mengatakan, kita ingin membina dan memiliki sebuah website.
Kita tidak boleh lari dari 3 kompenen asas berikut.

1) Website (Rumah)
Secara analoginya, kita boleh menganggap, website itu adalah seperti rumah
atau pejabat kita. Untuk membina rumah, kita perlukan, simen, batu-bata,
papan, paku, syiling dan sebagainya.

Samalah halnya dengan membina website, untuk membina website, kita
memerlukan perisian pembangunan web seperti macromedia dreamweaver,
microsoft frontpage dan perisian-perisian yang lain. Website kita pula boleh
berbentuk html, php,asp dan sebagainya.

2) Nama Domain (Alamat)
Nama domain pula boleh dianggap seperti alamat rumah. Nama domain ini anda
boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain atau lebih dikenali sebagai
“Pendaftar Nama Domain” yang banyak terdapat di internet. Nama domain ini
biasanya anda boleh dapati dengan harga serendah RM35 setahun hinggalah ke
RM150 setahun. Nama domain ini adalah penting untuk memastikan orang ramai
boleh memasuki laman web anda. Jika anda tidak mempunyai nama domain, ia
adalah seperti anda membina rumah tanpa alamat. Tiada siapa akan datang atau
sampai ke rumah anda.

3) Webhosting (Tapak Rumah)
Webhosting pula boleh dianggap sebagai tanah/tapak rumah bagi rumah anda.
Tanpa tanah, anda tidak boleh mendirikan rumah. Oleh itu, anda mesti
mempunyai webhosting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini
sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan
internet 24 jam dan orang ramai boleh akses kepadanya. Oleh itu, anda perlulah
meletakkan website anda di webhosting untuk orang ramai mengaksesnya.

Itulah penerangan ringkas serta konsep asas bagi webhosting.

Website = Rumah / Pejabat
Nama Domain = Alamat Rumah/Pejabat
Webhosting = Tapak Rumah/Pejabat

Harap anda jelas dengan konsep asas di atas. Kini timbul pula persoalan,
bagaimana saya ingin mendapatkan webhosting? Oh! Mudah sahaja, anda boleh
mendapatkan webhosting dari penyedia-penyedia perkhidmatan webhosting ini di
internet. Terdapat beribu-ribu penyedia perkhidmatan webhosting di internet.

Pada kebiasaannya, penyedia perkhidmatan webhosting akan membenarkan
anda menyewa ruang komputer mereka untuk anda gunakan dan meletakkan
website anda. Mereka juga biasanya akan membenarkan anda menggunakan
server email serta server database mereka. Bergantung pada pakej yang anda
ambil.

Terdapat bermacam-macam pakej yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan
webhosting ini. Anda perlulah bijak memilih pakej manakah yang sesuai dengan
anda. Kenalpasti apakah ciri-ciri yang ingin anda gunakan di dalam website anda.
Elakkan daripada membeli pakej-pakej yang terlalu besar yang mungkin anda
tidak gunakan. Anda boleh mulakan dengan pakej yang paling kecil dan
kemudiannya meng”upgrade” dari semasa ke semasa mengikut keperluan anda.

Mari kita lihat beberapa ciri yang biasa terdapat dan disediakan oleh pihak
penyedia perkhidmatan webhosting.

Ruang Web – biasanya diukur dengan menggunakan MB. Anda perlulah
tahu berapa besar ruang yang diperlukan untuk website anda. Untuk
mengetahui berapa ruang yang anda gunakan untuk website anda. Anda
boleh mencapur kesemua saiz fail html serta fail-fail gambar yang anda
gunakan di dalam website anda. Bagi website yang mempunyai 5-10
mukasurat, biasanya, saiz keseluruhan website adalah antara 1-5Mb.

Kadar bandwidth sebulan– bandwith ini bolehlah dianggap seperti jalan
raya ke rumah anda. Semakin besar bandwidth, semakin besarlah jalan
raya ke rumah anda, dan semakin ramailah orang boleh datang ke
website (rumah) anda. Pada kebiasaannya, bandwidth sebesar 1Gb sudah
mencukupi, tetapi jika website anda menerima kunjungan sehinggan 3-5
ribu orang sebulan, mungkin bandwidth yang lebih besar diperlukan.

PHP,ASP,CGI – itu adalah bahasa pengaturcaraan. Jika anda
membangunkan website anda dengan menggunakan php, maka, anda
perlulah mencari webhosting yang menyokong bahasa pengaturcaraan
tersebut.

MySQL, Access – ini adalah merupakan pangkalan data. Jika website
anda memerlukan database, maka, anda perlulah memilih pakej hosting
yang turut menyediakan pangkalan data tersebut. Sesetengah hosting
menyediakan pakej pangkalan data “unlimited”, bermakna, anda boleh
membuat seberapa banyak pangkalan data yang anda mahu. Ada
sesetengah pula, hanya membenarkan anda membuat beberapa
pangkalan data sahaja.

Frontpage Extension – jika website anda dihasilkan dengan
menggunakan perisian “Microsoft frontpage”, anda mungkin memerlukan
ciri ini terdapat di dalam pakej webhosting anda.

Control Panel – ini adalah ciri penting untuk membolehkan anda
mengawal dan mengaturkan(setting) akaun hosting anda. Dengan control
panel, anda boleh menguruskan akaun anda dengan hanya menggunakan
pelayar internet “browser”. Biasanya, anda akan diberikan “username”
dan “password” untuk anda memasuki control panel anda. Antara fungsi
control panel adalah seperti menghasilkan atau memadam akaun email.

Sokongan (suport) –ini adalah ciri penting bagi membantu anda
menghadapi apa-apa masalah yang anda hadapi di dalam menggunakan
perkhidmatan webhosting tersebut. Ada sesetengahnya membenarkan
anda menghantar email kepada mereka jika anda menghadapai masalah,
malahan, ada juga yang membenarkan anda ber”chating” dengan mereka
bagi menjawab segala pertanyaan dan masalah anda.

Terdapat banyak lagi ciri-ciri yang terdapat di dalam sesebuah webhosting. Tetapi,
itulah antara ciri-ciri asas penting yang dapat saya kongsikan bersama anda
mengenai webhosting pada kali ini.

Semoga berjumpa lagi di lain kali.

Sekian.

Mohd Suhaimy a.k.a shuth

Adalah merupakan seorang usahawan internet yang sering memberi ceramah
mengenai keusahawan internet di seminar-seminar. Beliau juga menyediakan
perkhidmatan webhosting pertama yang fleksible di dunia di
http://www.sempoihosting.com/

No comments: